Semalam, fikir, fikir, fikir, then rasa buntu sgt..byk bnda aku pikir, kadang2 sedih plak..Pastu xtau nk wat apa... then aku terbaca bnda ni..so dapat la lupakan masalah aku sekejap..
Ni aku kongsikan apa yg aku baca tu..layan....
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "
... ...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang
sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga
dari tidur dan mendapati jam di dinding telah
menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis...
" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30
PAGI "
Pensel : Saya minta maaf.
Pemadam : Utk apa? Awak x buat salah pun.
Pensel : Saya minta maaf disebabkan saya, awak
cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti
berada di situ utk membetulkan kesilapan saya.
... Tapi setiap kali awak memadam kesilapan saya,
awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak
menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung x kisah
tentangnya kerana saya di...buat utk membetulkan
kesilapan yg awak buat. Walaupun suatu hari nanti
saya tahu yg saya pasti akan hilang, saya
berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah
risau. Saya benci melihat awak bersedih. : )
Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya
pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
... Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang,
yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang
kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga
di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga
pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu
semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis
seperti pakcik....
Sekeluarga Lalat sedang menjamu selera (tahi)..
Anak: Papa, blh sy tnya satu soalan.
Bapa: Soalan apa?
Anak: Kenapa Hari2 Kita makan Tahi?
Bapa: Shhhhh..... Jgn ckp benda kotor masa
... makan...
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah
kampung...
Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil
mengambil stetoskop)
Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.
... Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat
ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Pak Pandir : Terima kasih.
Seminggu kemudian…..
Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang
dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil
mengerang…)
Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis
makan? Pahit ke?
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada
masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor : Kenapa dengan sudu?
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit …..
doktor!
Doktor : ???????
Seorang jejaka melamar seorang perempuan. Tapi hasratnya ditolak. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak sedih.
Lalu kawannya bertanya: Kenapa kamu tidak sedih?
Jejaka tersebut menjawab: Mengapa patut aku bersedih? Aku hanya kehilangan seorang perempuan yang tak pernah mencintai aku, sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yang benar-benar mencintainya.
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
No comments:
Post a Comment