Saturday, December 10, 2011

Mari Belajar Bahasa Melaka..

Morning Guys..
Pagi ni excited plak saye..Semalam sampai termimpi2 bnda yg xbest,,
xpe, hope suma berjalan dgn lancar..Amin..Kalo x lncar xpelah.. Saya Redha & bukannya pasrah..hee
eh, lupa lak..Hari tu da blajar bahasa kedah & Klate..pg ni kita blaja bahasa Melaka Plak ea..
Layan...~~



1. Kensal : Tuala
2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”
3. Kahau : Cakap kasar
... 4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu)
5. Lahabau (Lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).
6. Berboko, barah, cekik, matekedarah: Makan
7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane? Yel..Ikut suka hati ko le..
8. Perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).
9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku)
10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)
11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.
12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)
13. Gobok : Almari
14. Membongkang : tidur dalam keadaan huru hara dan bersepah-sepah.
15. Nau : Loghat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau .
16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)
17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas.
18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah
19. Ontue : Asalnya daripada perkataan 'orang tua'. Org2 tua ni suke panggil member2 diorang dgn perkataan ni terutama di Pengkalan Balak Contohnya : “ontue” Munah duk mane?
20. Lopak : Pencil box
21. Beledi : Baldi
22. Lemari : Almari
23. Lebang : Pemalas
24. Pendekau : Asalnya daripada perkataan pendekar. Selalunya digunakan untuk org2 yg suka membantah. Contoh, "Kau ni pendekau la boy, sape boleh lawan cakap kau"
25. Pakrak : Selalunya dan popular dikalangan orang Masjid Tanah. Digunakan bagi melabelkan seseorang itu melakukan pekerjaan yang lucu dari satu sudut tetapi salah dari satu sudut lain. Org yg gigal juga selalunya dipanggil pakrak.

No comments:

Post a Comment