Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Begitu jgk dgn ajal, suma tu hanya Allah sj yg tahu..kita hanya perlu bersedia dgn amalan2 kita. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Igt, usaha..
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
Dah menjadi naluri manusia..hidup berpasangan..dan jgn la jdkan fitrah tu menjadi fitnah atas kerakusan manusia itu sendiri.. aku kna slalu beringat ni… mana tau nnt bila aku dh jumpa org yg berkenan, asyik fikirkan org tu ja melebihi Tuhan sendiri.. Bila nafsu menguasai, akal diketepikan.. Nauzubillah.. Moga2 dijauhkan..
Sebut pasal jodoh ni, kadang2 pening gk..kadang2 tu, kapel smpai 5,6 taun, last2 clash gk di tgh jalan.. nk wat mcm mana, dh xda jodoh..kita hanya mmpu merancang, tuhan yg menentukan segalanya.. So terima la takdir..mgkin perlu diingat.. batas2 pergaulan prlu dijaga..bab2 ni korg pikir sndiri ye...Rasanya korg lg pandai dr aku kot bab2 ni.. xpe2..sama2 la kita berubah ea...
Hmm.. xtau la..sejak 2 menjak ni aku asyik terpikir pasal jodoh je..mmg susah nk cari..aritu my lec tyme degree pn ada ckp.. kdg2 kita x sgka pn dia tu jodoh kita..kdg2 org tepi kita tu jodoh kita..mmg xsgka2.. Huh..neves gk aku ni dgr..heheehee..
My bestfren ada bg nasihat beberapa ari lepas bila aku brtanya ttg tip2 ni..hehe.. dia ckp, kalau ada jodoh x kemana.. Tp kalau bukan jodoh buat la mcm mana pon xdpt gk..hmm.. susahnya nk tekel hati manusia ni kan..dh la x nmpk..lgpn girl ni suka sgt tersirat dr tersurat.. aku yg jenis lampi innocent ni mana la nk paham..huhu..
Aku ada copy wat research skit ttg tip dapatkan jodoh ni.. Ni ada tip2 sikit bab2 mencari jodoh ni.InsyaAllah jika anda amalkan tips-tips di bwh dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil ye..mintak perkara2 yg baik je k..InsyaAllah..
1. 1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.
2. 2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.
3 3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4 4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah
5. 5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.
6. 6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)
7. 7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.
InsyaAllah.. Kalu ada rezeki, xlama lg korg makan la nasik minyak aku ea..hihihi.. Aku target, Lg 2 or 3 taun g kot..InsyaAllah..bukan dlm masa terdekat ni pon..;p
K.la..Selamat Pengantin Baru...
En Leh, sy kurang faham tips nih "berdoa dengan disertakan ismulazam" bleh x en tlg terangkan.. ;)
ReplyDelete- btw, selamat mencari joboh, tunang n kawen hg kna habaq kat ak.. hehe.. ak pn nak jgk, tapi, mcm lmbat lg ja br financial nk kukuh..hehe
Hehe,.. berkaitan dgn doa ismul a'zam tu, saya x arif la sgt.. Tp berkait rapat dgn nama Allah yg teragung..Ni amek dr internet:
ReplyDelete"Menurut Sayyid Az-Zirazi r.a dalam kitab beliau “Al-Kalim At-Thayib” ismul ‘azam , nama Allah yang paling agung adalah asma Allah yang dimulai dengan lafazh “ALLAH” dan di akhiri dengan lafazh”HUWA”. Pada huruf-hurufnya tidak ada huruf manquth (yang bertitik), tidak berubah bacaannya, baik yang bias dii’rab maupun yang tidak bias dii’rab. Ismul ‘Azham terdapat di dalam AL-Quran , dalam lima ayat dan lima surat. Yaitu dalam surat Al-Baqarah, Ali Imran, An-Nisa, Thaha dan at-Taghabun."
"Sementara menurut Syheih Al-Maghrabi, beliau mengatakan bahwa “ Barang siapa yang menjadikan wirid kelima ayat tersebut dan mengulang-ngulang setiap hari minimal 11 kali maka Allah akan memberikan kemudahan urusan dunia dan akhirat ."
*: Haahaaa..financial aku pon x kukuh gk..xpa2 slow la..-innamal a'malu binniyat- " Sesungguhnya setiap perbuatan disertakan/bergantung pada niat..:) Asalkan niat kita ikhlas, Allah akan bantu kita..hehee