Sunday, February 20, 2011

Awas wahai gadis2 di luar sana..juz utk bg peringatan..

terdetik utk bg nasihat sket.. wlpn aku x sealim n sepandai mana, tp juz concern utk semua muslimin dan muslimat.. terutamanya kawan2 saya yg disayangi...


Bnda bwh ni mmg perkara biasa kot bila laki suka dkt gadis~~


01.Berkenalan.

02.Lelaki berlakon baik atau memang baik pada awalnya.

03.Perempuan terkesima dengan baik budi dan ayat si lelaki.

04.Keluar bersama untuk kali pertama dan lelaki itu kelihatan sungguh baik dan sopan.

05.Hubungan semakin rapat dan lelaki meminta berpegangan tangan.

06.Perempuan bertegas menolak, dipujuk dan dipujuk.

07.Akhirnya layu... dan pergilah ke babak yang seterusnya.

Mudah sahaja skrip cinta masyarakat sekarang. Dan skrip inilah yang membawa kecelakaan kepada masyarakat.

Menjadi tanda soal, haruskah hubungan lelaki dan wanita berakhir seperti ini? Adakah semudah itu untuk mencairkan hati seorang wanita. Cukup sekadar ayat power, muka kacak, dan belanja makan yang tidak seberapa. Dan siap untuk menyerah diri untuk disembelih sang lelaki. Kambing yang abah jual pun harga RM400 seekor, takkan belanja makan yang tidak sampai RM50 sudah layu.

Kelebihan lelaki ialah pandai memujuk dan berlakon, dan kelemahan wanita adalah mudah dipujuk rayu dan ditipu. Oleh sebab itu, Islam melihat isu hubungan lelaki dan wanita ini cukup penting untuk disentuh. kerana disini letak titik jatuh bangun ummah. Mahu lihat masa depan Islam, lihatlah pada pemuda-pemudinya. Jika pemuda-pemudinya kaki rempit, masa depan Islam "rempit" jugalah jawabnya.

**jadi kawan2 hati2 la memilih kawan..

*** ni bukan nk jatuhkan lelaki ke apa..juz risau.. tgk org di sekeliling..mudah sgt bercinta, clash, cinta balik...

Seseungguhnya.. ilmu ibarat jari telunjuk, nafsu ibarat jari hantu.. so, setinggi mana pon ilmu,x kira la ilmu kifayah or fardu ain, nafsu tetap melebihi ilmu... so pikir2 kan lah ye..jgn mudah terjebah.. peace....;p

2 comments:

  1. mari bercinta selepas kahwin (:

    *ehh...ni bukan ajakan spesifik utk kau. harap maklum. hihi...

    ReplyDelete
  2. kalo ada jodoh.. bercinta sblm kawin pn xpa..
    hmm.. juz kalo boleh nk elakkan bnda2 ni..
    tp aku pn manusia biasa gk...so mmg susah gk nk lari dr bnda2 mcm ni..arap2 x la...

    ReplyDelete

OutDoor Activity at Bukit Paya Gunung, Jerantut

Hai hai hai.. wah dh lama bener aku x blog kan.. Dh start balk aku x nak taip panjang2.. malas pulan rasa...hihi OK aku nk cerita aktivit...