Wednesday, December 22, 2010

Impian nak menjejakkan kaki ke pasar mlm tercapai...kui3..

Lama dh kot x p pasar mlm dgn kawan2...
akhirnya td dapat gk kuar sama2 ke pasar mlm...
lupakan mall2 yg dingin, panggung2 wayang yg bising... gadis2 yg seksi..
slalunya ari rabu ktorg tgk mubie... tp skng hrga tiket da mahal la.. nk mogok smggu.. xnk tgk muvie..hihihih

td p pasar mlm dgn tuyah, dieba n mira...
diorg tuyah n diba dr semalam g excited nk p pasar mlm 2...naseb bek x termimpi2..haaahaahaa
smpai sana mcm biasa, wat pusingn 1 round survey kot nk beli apa.. then msk round ke-2 ,mcm2 ktorg beli.... bege la, murtabak, keropok lekor, popia basah, soya, air kepala, tengkuk ayam, n mcm2 lg.. ktorg mkn dekat dataran sebelah masjid yg ada padang 2.... smbil menadah muka merasai angin2 yg sepoi bahasa kt dataran serta melihat telatah anak2 kecil berlari2 di atas padang n melihat bintang2 berkelipan di waktu malam... owh, indahnya ciptaan tuhan...(melebih2 lak aku stori mori..) mknn yg kami beli 2 last2 x abih..hua3...

then dlm kul 11 lebey kotg pn balik... ^_^

* sok nk plan ape plak ea...

Monday, December 20, 2010

My Heart is empty

Hari ni rasa mcm jiwa aku kosong ja....
rasa mcm bosan lak kt rmh sesorang.. slalunya balik keja ada org..
ni kosong.. kak abg da blk kg.. so rasa mcm sunyi sgt.
tp rasanya bukan sbb 2...hmm..
xtau la sbb apa...mybe rindu dkt seseorng kot.. 


Pas2 asyik nak sedih ja,...pelik gk feeling mcm ni...kdg2 feeling mcm ni mmg ada...
but usually ada rakan2 tyme mcm ni..but now, i'm alone... T_T

Mlm nnt geng2 kilang ajak men futsal... rasa mcm mls la nk men.. ni kalo yg ke berapa dah aku tolak jemputan diorg.. mesti sok aku kna bahan ni..sbb aku ckp nk dtg... tp xpela....ada ramai g org..

Pas2 aku terpikir balik... btul ke nk pndah tempat keja ni..(pdahal pggil interbiu pon blum)
tp kalo aku dapat, mknanya duk sorg2 la... kalo gaji tggi pon, tp x hepy x guna gk kan..
dkt cni dkt dgn membe2 n membe pon ramai... tiap2 mggu ktorg  jumpa...
arghh.. x boleyla hidup tnpa membe2.. ktorg da rapat sgt dh.. mcm satu family da...

Fikir-fikir.....~~~

Saturday, December 11, 2010

Pening..dilemma

Argh... aku pening, dlm masa yg sama aku dilemma.....
keputusan utk jgka masa 9taun....

hmm... sbnrnya aku tgh pening memikirkan nk beli keta apa...
sbnrnya dlm perancangan aku xnk pakai keta lg.. tggu 5 taun br nk angkat civic trus...
tp...... br2 ni aku dapat offer dr abg aku......

abg aku da lama x guna keta myvi dia...6bln lebih kot x pakai...dia br beli dlm staun mcm 2...
so dia srh la aku guna keta dia dulu...
pas2 br2 ni dia nk guna balik..atas sbb2 tertentu..(anak dia br lahir so kena la guna keta lebih)... dia nak amik awal bln satu nnt...br cdg nak pakai 2,3 taun dulu...tp xpela..bkn kete aku pon..

tyme ada kete  2 phm2 jela... rasa mcm macho je..haha.. best plak 2..lgpn senang.. hujan, panas pon xpe.. da mcm jd 2nd wardrobe da.. ada kasut, baju, mknn, novel pon ada..br cdg nk letak tv n peti ais dlm tuh.. hihi..
lgpn bkn apa..senang.. nk menumpang rumah teman mmbe pn sng wlpn x rncang nk tdo rmh org len..

tp bila pikirkan balik kalo xdk kete mcm xbest la sbb slama ni (padahal br 2 bulan) da slalu ada keta kan..
smlm aku try usha2 viva.. rasa mcm nk order trus ja.. sbb skng ni kete tgh murah snn end of year.. rebet nk dkt 2k tuh... kalo x amik bln ni..tggu bln 12 taun dpn la..hiihii..
at da same tyme aku terpikir balik 9taun tuh.. nk keta besar skit.. pas2 terpikir saga lak.. suma yg bajet2 rndah la.. nak smpan duit..(padahal duit x brapa ada)..
 

tp aku rasa better pakai keta yg kecik2 dulu kan... 9taun ja... plg ramai pn mybe dapat 3org anak dlm jarak 2.. so still muat even keta kecik kn...
pas 2 kawin dlm umor 25-27... pas2 br beli rumah...
then last skali br beli keta idaman ..Bentley Civic...hihhiiii


tp tgh pening nk saga or viva.. or kelisa 2nd hand..arghhhh!!!!!
lek ar Leh..sabo2...^_^





                                                                     this is SAGA

                                                              this is VIVA..

Wednesday, December 1, 2010

Konvo

Selesai sudah konvo...
memang memenatkan kalau berkonvo ni...
arini x dapat p keja lg..hee...
best.. tp agak terkilan sbb x dapat tgkp gmba beramai2 dgn classmate...
masing2 bz dgn fmly..(aku pon sama)
xpela..nk wat mcm mana kan.. harap2 dapat g berkumpul ramai2..

Saturday, November 13, 2010

Kalo Ada Masa, bc2 dan Renung2kan...^_^

This is REALLY GOOD! Take ur time k... .
Untuk santapan rohani kita semua... renungkanlah... ... ..


1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
Lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan
layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup
ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan bia!rlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
Kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan
dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa
ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang
Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka
belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat
yangsetia
bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk
membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa
itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu
pangkal
kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan
membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah
ibu
dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya
dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata
yang
bersinar-bersinar,
tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap
Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat
Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas
kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji."

37)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak
hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
Seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda
yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar ! itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan
mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang
lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita
akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita
sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada
apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi
terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang
tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57)"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui
apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusi!a untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari
semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika
tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam
apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

Thursday, November 11, 2010

NO More lepakss n tdo at weekends kt s.a~~

Hmm...aku br ja smpai tmpat keja aku..setelah 3 ari berturut2 aku tdo kt bilik kawan aku kt kolej perindu UITM Shah Alam...

Sume mmbe2 baik aku dh abis exam dah...pasni xtau la bila boley jumpa lg..
Utk pgetahuan korg, aku ari sabtu je pas keja trus datang shah alam.. kami berbual2,lepak2, jalan2,tgk wayang~~~...x penah miss kot stiap weekend..

Sebak gk..huhuu...pasni da xleh menunmpang kawan lg la kt s.a...huhu..
yg 2 ja aku nk cakap..ok..aku wat keja dulu...~~

Saturday, November 6, 2010

Pengalaman 6112010 n kenangan 2005 kembali!!

2Mggu lalu...
Rasa mcm x saba2 nk tggu ari khamis kul 10mlm..(4112010)
Sbbnya.. nak blk kg..huh.. rindu kot kt parent..

4112010
Owh.. tidak kusangka.. berita ttg bnjir mengejutkan aku.. igtkan biasa2 ja..
So mybe x dapat balik.. kawasan rmh aku da jd pulau.. letrik n air xda..
Kemudian aku sayik teringatkan kejadian yg penah berlaku taun 2005 dulu..
sgt2 susah.. letrik smggu xda....dgn panasnya...boringnya...air pon xda..Lg susah!!!
mmg sgt2 susah..nak cr mknn pon xbley..
khames 2 dh x fokus dah keja aku....tringat ja dkt rumah..d tnya mak.. tp mak ckp ok ja..phm2 jela mak aku.. xnk aku risau..

5112010
Smpai d rumah mertua abg..(pak su n mak su) dekat pengkalan hulu,perak...(stay cni jela coz xleh blk rumah).. ari 2 ada mjlis akikah anak sedara aku..Nurun Fathiah..br umor 40 ari lebih..

6112010
Still dekat rumah pak su n mak su..Ada majlis kperkahwinan biras aku kawin..(kak juli),,..pg2 2 aku da bgn awal... nak try balik rumah sbb member abg cakap boleyla kalo nk balik.. kul 7lebey da gerak...then suruh2 mak siap2 apa2 yg patut.. nk jemput dia dtg kenduri sekali..mak pon da rndu sgt nk jumpa nurin..
Tiba2..Sampai ja kt Alor Star, air still berada d paras yg mmbimbangkan..
ok.. try cari jalan laen lak..kemudian dgn berpandukan mklumat org2 kg area2 c2.. kami cari jalan alternatif laen utk melepasi bnjir d depan td.. then akhirnya dapat gk lepas kawasan air bertakung dkt jalan td..
pas2, tiba2, dekat depan pon bnjir lg...huh.. kami pon da give up..so bgtau mak ayah yg kami x dapat amik...Rupanya2 mak n ayah da siapkan beg besar dah... nk ikut n teman aku balik ke Klang..huhu.. ciannya...Tp x dapat la nk ikot...T_T
Kami patah balik ke Perak...kenduri berjalan dgn lancar..Alhamdulillah...

pkul 3lebih, aku da nk balik ke Klang..Dgn xda pengalaman drive jauh2..tp aku cuba jugak.. balik lak ikut laluan yg begitu asing bgku...1st tyme ikut jalan ni... takot gk...sesat ka..apa ka.. da la sunyi sket..Sorg2 katakan.. naseb baik laki..hihi...
Highway grik ni agak kecik la...ssh nk potong keta lain..tp yg bestnya xdaa tol hgga ke k.kangsar.. cuaca kurang elok...hujan renyai2 gelap jek.. pas2 tringat la ceta2 hantu yg slalu diorg cakap kt highway2 tuh..tyme ni la nk tringat kan...takot~~
da la radio pn xda siaran,..agak boring la..cd lak x smpat nk beli..
pas2 ada keta kt blakang lak..keta wira.. aku bwk laju, dia bwk laju, aku bwk slow, dia bwk slow,..aku potong keta depan..igtkan dia dh hilang..then pas2 dia ada balik kt blakang..ei..geram lak..Padahal keta 2 xwat salah pape pon..aku ja takot lebey2..
Pas2 sampai kt traffiq light..aku bwk slow2 skit tyme hijau, then oren, pas2 tyme merah aku lggar ja lmpu merah.... yess.. keta 2 dh hilang..hihi..biar silap asalkan selamat..hua3...(gelak kejam)..

Pas2 smpai gk highway besar..msk ikut higway kuala kanssar,, Cdg nk brenti jap kt RnR sg Perak.. Smpai tmpat nk parking, aku rasa berat sgt keta 2.. alamak...Sbnrnya kt hgway td pon aku ada trpikir cmna la kalo taya pncit kan..pas2 mcm nk nanges ja.. nk mnx tlg sapa plak kan.. mcm2 bnda la aku pikir..

lepas prking ja aku tgk tayar.. eh, xda apa2 pon.. hehe.. aku blushing sorg2..
Pas smyg n beli bekalan, aku truskan perjalanan...
hujan still x brenti.. jalan pon licin...so juz bwk below 100kmj ja...
pas2 smpai kt area2 Kl 2.. masyaAllah..hujan lebat giler... tyme 2 rasa mcm xtaw nk cakap..takot...keta pn da x seimbang.. xnmpk jalan lgsung..gelap...jalan lak mcm bnjir ja.. x terkawal aku...x brnti lak x bley..x nmpk lgsg kt depan..
berpandukan lampu keta depan ja.. naseb bek la alphard kt depan aku wat isyarat lmpu kecemasan...aku ikut jela dia slow2...hihi.. then smpai jugak akhirnya..Alhamdulillah...
Agak penat la..

OutDoor Activity at Bukit Paya Gunung, Jerantut

Hai hai hai.. wah dh lama bener aku x blog kan.. Dh start balk aku x nak taip panjang2.. malas pulan rasa...hihi OK aku nk cerita aktivit...